Friday, June 12, 2009

SISTERS IN ISLAM

  1. PAS mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengharamkan Sisters In Islam (SIS).
  2. Yang peliknya, DAP yang kita kenali selama ini musuh dan anti Islam begitu beria-ia mempertahankan SIS, atas alasan Hak untuk bersuara dan berpersatuan.
  3. Pelik bin Ajaib. Perkara macam ini pun DAP nak campurtangan. Atau sememangnya ada agenda lain? Kita semua tahu bahawa SIS memang "berkawan rapat" dengan Pakatan Rakyat, Islam Liberal (sejak bila pula ujud bermacam jenis Islam) yang didokong oleh SIS mungkin juga lebih disenangi Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan ketuanan Rakyat.
  4. Sejak awal penubuhan SIS, saya tidak pernah bersetuju dengan sebarang pendirian dan pandangan pertubuhan tersebut. Pada saya, konsep Islam Liberal yang ingin dibawa oleh SIS seperti ada yang tidak kena. Saya bukanlah alim ulamak yang mampu untuk menjatuhkan sebarang hukum, tetapi dari pemerhatian saya, konsep Islam Liberal ini terdapat beberapa tindakan, kenyataan dan pendirian SIS yang mempertikai dan mempersoalkan hukum Allah. Maafkan saya sekiranya pandangan saya ini salah.
  5. Mungkin Hj Hadi dan PAS telah menyedari hakikat ini, hakikat yang kita, orang UMNO belum nampak (atau pura-pura tidak nampak disebabkan kepentingan politik). Mungkin juga ada kebenaran dan justifikasi terhadap desakan PAS, cuma kita saja yang enggan mengaku bahawa gerakan "memodenkan" Islam yang dibawa SIS ini amat merbahaya jika tidak dibendung. Apatah lagi golongan muda Islam Malaysia mudah untuk tertarik dengan gerakan SIS yang kononnya membawa pemodenan, liberasasi, dan memperjuangkan hak wanita Islam yang "selama ini tertindas oleh hukum Allah".
  6. Saya mencadangkan agar Majlis Fatwa, ataupun pihak JAKIM membuat siasatan dan kajian yang telus, jujur dan terperinci bagi sekurang-kurangnya memahami apa itu SIS yang sebenarnya. Pertubuhan ini membawa nama Islam, dan seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan dan menyatakan pendirian.
  7. Walaubagaimanapun, tindakan PAS untuk mendesak Majlis Fatwa tidaklah boleh disokong. Tanpa bukti kukuh, hanya modal air liur sahaja untuk menarik perhatian umum ketika menyampaikan ucapan tidak dapat untuk menjustifikasikan desakan tersebut.
  8. Begitu jugalah dengan kita, saya berharap pemimpin-pemimpin UMNO tidaklah terlalu memberikan komen menyokong SIS. Bawalah bersabar, jangan kerana isu ini dibangkitkan oleh PAS, maka kita terus melompat untuk menyerang balas (ooopss... dah terlewat rupanya). Fahamilah dulu apa yang tersirat.
  9. Akhir sekali, saya mencadangkan kepada pihak SIS, tukarlah nama pertubuhan anda. Pakailah nama apa pun, Sisters In Solidarity, atau apa saja. Janganlah gunakan perkataan Islam, kerana saya percaya adik-adik dan puan-puan serta cik-cik semua tak akan terpikul tanggungjawab yang begitu berat untuk kononnya berjuang atas nama ISLAM dalam pertubuhan anda.

Wednesday, June 10, 2009

ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE

  1. Seluruh negara memperkatakan perihal Bahasa Inggeris kebelakangan ini. Bermacam kenyataan, cadangan, permintaan dan juga tuntutan dari pelbagai pihak dapat kita baca, dengar dan lihat melalui media cetak dan juga elektronik.
  2. Saya amat bersetuju dengan cadangan Bahasa Inggeris dijadikan matapelajaran wajib lulus untuk SPM dan kalau perlu PMR. Pengamatan saya, kebolehan berbahasa Inggeris dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah berada di tahap yang amat membimbangkan, tidak seperti di zaman persekolahan saya dulu. Kalau masalah ini tidak ditangani dengan secepat mungkin, kalaulah ianya dibiarkan tanpa sebarang langkah dan usaha yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membantu anak bangsa, maka dalam sedikit masa lagi kita akan dibebani dengan limpahan tenaga kerja yang walaupun tidak kurang kebolehannya jika dibandingkan dengan bangsa lain, tetapi akan ketinggalan dan tercicir dalam merebut peluang pekerjaan, dan mungkin juga tewas dalam persaingan perniagaan.
  3. Sejak dulu saya memang menyokong ide Che Det yang mahukan Matematik dan Sains diajar di dalam bahasa Inggeris. Memang itulah yang sebaiknya, mempersiapkan anak bangsa untuk mampu bersaing dengan bangsa lain, bukan hanya bangsa Cina, India, Jepun dan Korea, tetapi juga bangsa Eropah, Australia dan Amerika. Ide serta konsep yang dianjurkan Tun amatlah baik dan tepat pada masanya. Cuma, seperti biasa, seperti juga dasar kerajaan yang lain, kita gagal untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut sebaik mungkin, mentaliti Melayu yang mudah selesa, mudah kompromi dan sikap "tidak apa" dalam melaksanakan setiap tanggungjawab telah merosakkan perancangan dan ide Che Det, ide yang pada dasarnya begitu baik dan dapat melonjak kebolehan anak bangsa. Pendek kata, kerajaan telah gagal dalam melaksanakan dasar tersebut.
  4. Sebelum kita terfikir untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib, saya berpendapat, persiapan, persediaan dan latihan secukupnya perlu diberikan kepada guru-guru yang bakal memikul tanggungjawab yang berat ini. Berat bagi saya disebabkan kaji selidik secara peribadi saya telah membuahkan kesimpulan bahawa tahap pemahaman dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru-guru berada di tahap yang paling menyedihkan. Bukanlah saya ingin menghina golongan guru, tetapi inilah hakikatnya. Bukanlah 100 peratus guru di Malaysia ini lemah dalam bahasa Inggeris, tetapi sebahagian besar, majoriti guru-guru, khasnya guru berbangsa Melayu adalah terlalu lemah di dalam menguasai bahasa ini.
  5. Saya mencadangkan agar guru-guru diberi latihan khas, dipastikan supaya benar-benar arif dan faham serta benar-benar mengusai bahasa Inggeris ini sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib. Kalau tidak, saya yakin yang pelajar sekolah, terutamanya pelajar Melayu akan tercicir dan ketinggalan. Diwaktu guru-guru berduyun-duyun ke bank mengambil gaji ribuan ringgit, anak-anak bangsa akan terus tercicir dan ketinggalan, akan terus jadi mat despatch dan mat rempit, bohsia dan bohjan kerana gagal untuk mendapatkan pekerjaan di era pasaran terbuka dan kesamarataan ONE MALAYSIA ini.
  6. Terus terang saya nyatakan di sini, saya hairan kenapa guru-guru Melayu, khasnya guru baru yang terdiri dari anak-anak muda ini begitu lemah di dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris saya juga tidaklah sehebat mana, tetapi sekurang-kurangnya saya mampu untuk membaca dan faham akhbar dan majalah berbahasa Inggeris, malah saya lebih selesa membaca akhbar berbahasa Inggeris. Saya mampu untuk faham bila mendengar berita bahasa Inggeris di radio, saya mampu faham apa yang diperkatakan di TV dan panggung wayang, tanpa perlu membaca subtitle. Sekurang-kurangnya saya mampu untuk berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris walau kadang-kadang tersasul dan tergagap.
  7. Saya berpendapat, penguasaan bahasa Inggeris sewajibnya bermula di rumah. Mungkin disebabkan itu jugalah maka tahap penguasaan bahasa Inggeris saya bolehlah juga dibanggakan. Saya amat bersyukur mempunyai seorang bapa (kini arwah) yang mampu untuk menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris ini amat penting dan memberikan latihan sebaiknya untuk anak-anak beliau.
  8. Saya masih ingat, semasa saya masih kecil iaitu semasa baru di peringkat tadika, saya dan adik saya dihantar ke tadika di mana 90 peratus murid-muridnya adalah terdiri dari kanak-kanak Cina dan India. Semua matapelajarannya diajar di dalam bahasa Inggeris kecuali bahasa Melayu. Saya masih ingat, arwah Tn Hj Abd Rahman b Rejab, bapa saya, setiap minggu akan membelikan saya dan adik bongsu saya komik Beano dan Dandy (entah masih dalam penerbitan lagi, saya kurang pasti) di samping komik Bujal dan Bambino. Saya masih ingat, ketika umur saya 10 tahun, saya tidak pernah terlepas majalah Shoot!. Tak akan dapat saya lupa arwah bapa saya setiap hari membelikan 4 suratkhabar, Utusan, Berita Harian, Star dan New Straits Times. Saya, adik saya serta kakak-kakak saya dilatih dari awal lagi untuk menguasai bahasa Inggeris, arwah bapa saya bergolok bergadai, berhutang untuk memastikan anak-anaknya mampu untuk berbahasa Inggeris.
  9. Saya ingin mengajak anda sekelian, ayuh kita mula untuk melatih dan mendedahkan anak-anak kita kepada bahasa Inggeris. Cubalah sedaya upaya, setakat termampu. Perkara ini harus dijadikan misi besar kita dalam membesarkan anak-anak. Saya merayu pada anda sekelian, agar bangsa kita akan terus maju, akan terus di hadapan. Saya tidak rela Melayu dipandang rendah dan hina, saya tak rela anak bangsa kita diperlekeh dah dipinggirkan. Ayuhlah Melayu, Ayuh bangsaku, ayuh kita korbankan sedikit masa dan wang ringgit demi masa depan bangsa.

Wednesday, June 03, 2009

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN IHSAN MANGSA BANJIR

  1. Tarikh 28 Mei yang lepas telah melakar satu lagi sejarah di DUN Dusun Tua. Hampir 1 ribu keluarga telah menerima bantuan ihsan sebanyak RM1,000.00 bagi setiap keluarga dari kerajaan Persekutuan. Bantuan tersebut disalurkan kepada mangsa banjir yang telah melanda seluruh DUN Dusun Tua pada 13 Mac yang lepas, banjir paling teruk sejak 15 tahun.
  2. Walaupun agak terlewat, pujian harus diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, YB Johan b Abd Aziz yang telah bertungkus lumus memohon dan merayu bantuan tersebut dipercepatkan. Saya tidaklah berniat untuk mengampu atau membodek, tetapi hakikatnya kalau usaha ini tidak di terajui dengan penuh komitmen dan rasa tanggungjawab oleh YB Ketua Bahagian, saya pasti, bantuan atau peruntukan yang disalurkan ke akar umbi tidak akan sebanyak ini. RM1,000.00 untuk hampir 1000 keluarga bermakna pada petang 28 Mei tersebut, hampir 1 juta ringgit telah diserahkan kepada rakyat.
  3. Namun begitu, terdapat beberapa rungutan daripada orang ramai yang hadir. Maklumlah, ada yang sudah sedia menunggu di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara, Dusun Tua sejak jam 12.30 tengahari, padahal jemputan rasmi untuk semua penerima adalah pada jam 2.00 petang...!!!
  4. Saya akui, keadaan di Dewan IKBN ketika itu tidaklah begitu selesa. Dengan cuaca yang begitu panas dan kehadiran orang ramai yang bersesak-sesak, saya amat faham dan mengerti keluhan orang ramai. Kalau saya berada di tempat penerima bantuan tersebut, saya pasti saya juga akan merasa tidak selesa, dan pastinya darah saya juga begitu mudah untuk mendidih.
  5. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan tahap kesabaran yang begitu tinggi yang telah ditunjukkan oleh semua yang hadir. Bukanlah niat UMNO Bahagian Hulu Langat untuk sengaja melewat-lewatkan penyerahan bantuan tersebut. Saya faham, menunggu hampir 2 jam untuk menerima bantuan bukanlah sesuatu yang boleh dilalui dengan mudah.
  6. Pihak UMNO Bahagian Hulu Langat bukanlah cuba untuk memberikan alasan di atas kelewatan tersebut. Bukan juga untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Hakikatnya, wang tunai untuk diserahkan kepada semua mangsa banjir tersebut sepatutnya tiba pada jam 12 tengahari. Tetapi, entah kenapa, wang tunai tersebut, yang jumlahnya hampir mencecah RM1 juta, hanya tiba di IKBN pada jam 3.40 petang. Saya mohon anda sekelian cuba untuk memahami situasi tersebut, di mana petugas-petugas terpaksa bekerja dengan pantas untuk memastikan jumlah wang tunai yang diterima mencukupi dan kemudian harus di agihkan pula mengikut kaunter. Kesimpulannya, banyak masa telah terbuang akibat daripada kelewatan tiba wang tunai tersebut.
  7. Sekali lagi, saya bagi pihak UMNO Bahagian Hulu Langat ingin memohon ribuan maaf di atas kelewatan tersebut, walaupun ianya bukanlah seratus peratus berpunca dari pihak kami. Maaf dan terima kasih di atas kesabaran tuan-tuan dan puan-puan.
  8. Semoga segala kelemahan dan kekurangan yang dialami oleh orang ramai pada hari tersebut, tidak akan berulang lagi di masa depan.

BERTEMU KEMBALI

  1. Lebih sebulan saya tidak menulis. Mohon maaf kepada semua. Kesibukan menghalang saya untuk terus menulis dan memberi pendapat serta pandangan berkenaan politik semasa.
  2. Walaubagaimanapun, saya akan terus mencuba untuk mencari kelapangan untuk terus memberikan buah fikiran. Semoga anda sekelian dapat bersabar, bukanlah niat saya untuk berdiam diri untuk sekian lama.
  3. Saya berharap di masa akan datang saya masih mampu untuk menyumbang ide dan pandangan, doakanlah agar saya sentiasa diberi kelapangan untuk berbuat demikian.
  4. Sekali lagi saya memohon maaf.

Thursday, April 02, 2009

KUBUR & KREMATORIUM DI KAJANG

  1. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah pun meluluskan tanah seluas lebih 70 ekar untuk dijadikan kawasan perkuburan termasuk krematorium berhampiran Kg Sungai Sekamat, Kajang.
  2. Kg Sungai Sekamat secara majoritinya (hampir 100 peratus) di diami oleh orang MELAYU Islam.
  3. Sekali lagi, selepas isu penternakan babi secara komersil di Sepang, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan TANPA mengambil kira perasaan dan pandangan penduduk Melayu tempatan.
  4. Bangsa Melayu beragama Islam di Sungai Sekamat khasnya dan di Daerah Hulu Langat secara amnya langsung TIDAK DIHORMATI oleh kerajaan PR.
  5. Maruah Bangsa Melayu terus dihina dan seperti biasa kita hanya dapat melihat dari jauh dan membiarkan Hak dan Kedaulatan Bangsa diragut, direntap dan dikikis secara diam.
  6. Jelas bahawa menjaga dan mempertahankan kedudukan Bangsa MELAYU di Selangor ini bukanlah satu agenda penting kerajaan PR.
  7. Paling menyedihkan, PAS pula akan mengadakan majlis penerangan isu tersebut pada malam ini. Inilah akibatnya bila sudah termakan budi. Inilah yang akan terjadi bila sudah menjadi hamba kepada kafir laknat.
  8. Bukalah mata, sedarlah anak bangsa akan agenda kafir laknat untuk melenyapkan Melayu Islam dari bumi tercinta ini. Bangunlah.

Wednesday, March 04, 2009

KEMELUT PERAK

  1. Nampaknya situasi terkini di negeri Perak amat membimbangkan. Umum menantikan pihak mana yang akan kendur dan berundur. Saya berpendapat, V.Sivakumar akan tetap dengan pendirian bahawa beliau dan ADUN PR yang lain berada di pihak yang benar. Ditambah pula dengan kepercayaan bahawa rakyat Perak secara majoritinya berada di belakang mereka.
  2. Soalnya di sini, apakah benar dakwaan paria Sivakumar bahawa kumpulan mereka membawa kehendak majoriti rakyat Perak?
  3. Saya berpendapat mungkin juga ada kebenaran terhadap dakwaan tersebut. Kita tidak harus lupa bahawa keputusan PRU Ke 12 tempohari telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Apakah kerajaan BN sekarang ini adalah kerajaan rakyat Perak? Apa inikah kerajaan yang dimahukan oleh rakyat Perak?
  4. Sepahit mana sekalipun, kita harus menerima hakikat bahawa BN ditolak di negeri Perak. Pertukaran kerajaan secara tidak berhemah ini sedikit sebanyak membuatkan rakyat semakin benci pada UMNO dan BN.
  5. Dari awal lagi saya kurang bersetuju dengan langkah kepimpinan tertinggi untuk menawan semula Perak dengan cara "lompat parti" ini. Saya berpendapat, adalah lebih baik sekiranya kita membiarkan Nizar, lembu yang dah dicucuk hidungnya oleh DAP membuat kesalahan demi kesalahan, mempelihatkan kelemahan dan kekurangan dirinya, PAS dan Pakatan kepada rakyat Perak. Saya percaya bahawa jika kita tidak gelojoh dan rakus, rakyat Perak khususnya Melayu Perak akhirnya akan sedar kesalahan besar yang mereka telah lakukan dan memberikan semula mandat kepada BN. Terlalu banyak sangat kelemahan dan kekurangan lembu berbangsa Melayu beragama Islam kepunyaan Cina laknat ini dan hanya menunggu masa untuk pecah tembelangnya.
  6. Sepatutnya, apa yang harus kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan maklumat dan bukti untuk dijadikan peluru, atau lebih baik lagi bom yang mampu untuk meranapkan kubu Pakatan Rakyat di Perak. Dan dalam masa yang sama, kita harus terus bekerja dengan lebih kuat, mendekati dan memahami sedalam-dalamnya apa kehendak rakyat yang sebenarnya.
  7. Malang sekali, kepimpinan tertinggi memilih untuk mengambil jalan pintas. Malang sekali disebabkan keinginan yang berkobar untuk menunjukkan kejagohan, kita lupa bahawa bersabar dan menunggu saat dan ketika yang paling sesuai untuk bertindak adalah sebaik-baik strategi.
  8. Malang juga kerana UMNO dan BN masih takut pada bayang-bayang sendiri.
  9. Malang, disebabkan kerakusan kita, rakyat semakin benci dengan UMNO dan BN.

Tuesday, March 03, 2009

TERIMA KASIH GOMBAK SELATAN

  1. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada UMNO Cawangan Gombak Selatan. Nampaknya pengunjung blog saya bukan hanya terdapat di kawasan Kajang dan Hulu Langat sahaja. Alhamdulillah.
  2. Teruskanlah mengunjungi blog saya ni bila ada kelapangan. Semoga kita sama-sama mendapat manafaat.
  3. Terima kasih sekali lagi.

Monday, March 02, 2009

hulubalang atau badut sarkis

  1. syukur dan tahniah di ucapkan kepada ketua pemuda bahagian kita. wah... bukan main macho dalam tv hari tu....
  2. mungkin inilah yang dinanti-nanti oleh warga pemuda hulu langat. selama ini banyak tohmahan dan juga kritikan yang diterima oleh ketua pemuda. akhirnya para tukang kritik dah bertukar menjadi tukang puji pula. alhamdulillah.
  3. apa yang terjadi di parlimen tempohari adalah akibat daripada tahap kesabaran yang semakin menipis. saya sedikitpun tidak menyalahkan ketua-ketua pemuda bahagian yang terlibat. saya sokong seratus peratus. bangsa asing perlu disedarkan dan diajar bahawa maruah pemuda UMNO tidak boleh diperkotak katikkan. kenyataan dari pemimin badan perhubungan negeri selangor, dan juga YB Khir Toyo yang menyokong tindakan ketua-ketua pemuda tersebut amatlah melegakan. saya bangga.
  4. saya amat berharap bahawa kehadiran ketua-ketua pemuda di parlimen tempohari adalah dengan ikhlas. ikhlas dalam memperjuang dan mempertahankan maruah parti dan bangsa. saya amat berharap tindakan tersebut bukanlah hanya satu drama politik. tindakan yang berkepentingan diri atau paling merisaukan, hadir kerana diarah atau disuruh.
  5. berapa ramai di antara ketua pemuda yang hadir pada hari itu yang benar-benar ikhlas? berapa ramai pula yang hadir untuk kelihatan sebagai hero?
  6. berapa ramai yang ke parlimen tempohari berdoa dan berharap supaya ditahan polis agar dirinya bakal dijulang sebagai pejuang bangsa?
  7. dan berapa ramai pula yang hadir kerana terpaksa?
  8. secara ikhlas, saya amat berharap bahawa kesemua ketua pemuda yang hadir adalah berasaskan kepada keikhlasan dalam memperjuangkan maruah parti dan bangsa. saya amat berharap kehadiran pemuda umno pada hari tersebut bukanlah sebuah gimik politik, bukan drama swasta dan bukan berkepentingan lain selain memperjuangkan parti.
  9. masa dan keadaan akan menentukan apakah saudara sekelian benar-benar hulubalang UMNO, atau hanya badut sarkis...
  10. TAHNIAH dan SYABAS... Melayu terhutang budi pada saudara...

Tuesday, February 10, 2009

TERIMA KASIH DAN SETINGGI PENGHARGAAN

  1. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Anak Melayu yang hadir menjayakan perhimpunan aman semalam.
  2. Walaupun jumlah yang hadir tidaklah begitu ramai (sekitar 200-300 orang), namun bagi saya, ianya sudah cukup membuktikan bahawa Melayu Hulu Langat sentiasa bersedia untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa.
  3. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua.
  4. Saya berpendapat, dengan perancangan yang lebih teliti, perhimpunan semalam akan lebih berjaya.
  5. Tinta sejarah telah terukir semalam, buat pertama kalinya di Hulu langat, Anak Melayu berkumpul secara aman, bersatu padu dan sepakat menentang segala bentuk penghinaan terhadap bangsa mereka.
  6. Paling mengharukan saya ialah ketika saya ditemui oleh orang ramai yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut dan bertanyakan apakah boleh mereka turut serta.
  7. Saudara sebangsaku sekelian, saya berharap ini bukanlah kali pertama dan terakhir kita dapat bersatu menunjukkan kesepakatan dan kekuatan kita, saya berjanji, perhimpunan seperti ini akan diteruskan dan saya memohon agar anda sekelian dapat memberikan kerjasama dengan penuh tanggungjawab seperti yang anda sekelian tunjukkan semalam.
  8. Saya berjanji, apa yang kita lalui semalam bukanlah hanya gimik politik, tetapi lahir dari kesedaran bahawa Melayu tidak mampu untuk berdiam diri lagi.
  9. Saya juga berjanji bahawa akan ada lagi perhimpunan aman seperti ini di masa terdekat ini, mengikut keperluan dan keadaan.
  10. Jahanam Karpal..!! Jahanam Kit siang..!! Jahanam Anwar..!!
  11. HIDUP MELAYU..!! HIDUP MELAYU..!! HIDUP MELAYU..!!
  12. Sekali lagi, Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan kepada semua yang hadir.

Jumpa lagi...

Sunday, February 08, 2009

AYUH NYATAKAN BANTAHAN

  1. UMNO Bahagian Hulu Langat akan menganjurkan Perhimpunan Aman membantah kebiadaban Karpal dan sekutunya, juga keceluparan Harakahdaily.net mengutuk dan menghina DYMM Sultan Perak.
  2. Perhimpunan ini akan diadakan pada ISNIN 9 FEB JAM 5.00 PTG DI PERKARANGAN PLAZA CITRA, KAJANG.
  3. Kepada semua umat Melayu, apakah kita masih sanggup untuk berdiam diri. Apakah kita masih dengan sikap "tidak apa" kita dan hanya melihat perlakuan kurang ajar ini berterusan?
  4. Apakah Melayu hanya pendekar dan panglima di kedai kopi saja dan berputih mata bila maruah bangsa dipijak dan dihina?
  5. Atau apakah Melayu sekarang sudah hlang taringnya? Sudah selesa dengan kehidupan yang sebegini? Atau adakah Melayu sudah menjadi bangsa yang berjiwa kecil, pengecut dan menjadi lembu yang sudah diikat hidungnya...??
  6. Sedarlah wahai bangsaku, Cina Laknat dan Hindu Paria sedang memperlekehkan kita. Bangunlah dari tidur, bukalah mata dan lihatlah bahawa Melayu semakin hilang kuasanya, semakin dihina dan dicerca, semakin dipertikai hak dan kedaulatannya. Apakah Melayu sanggup untuk merempat dibumunya sendiri..? Lupakah kita bahawa tanah ini adalah TANAH MELAYU...???
  7. Dayuskah Melayu..?
  8. Ajaklah, jemputlah seramai mana Melayu, hadirlah ke perhimpunan aman esok, sekurang-kurangnya umum akan melihat bahawa bila sampai waktunya, bila ada keperluan, bila maruah dan kedaulatan bangsa dihina dan dipertikai, MELAYU AKAN BERSATU, MELAYU AKAN TETAP MEMPERTAHANKAN HAKNYA, MELAYU AKAN MENENTANG SEGALA BENTUK PENGHINAAN...
  9. Tunjukkanlah kepada umum bahawa JANGAN SESEKALI BERANI MENCABAR KEKUATAN DAN KESEPAKATAN MELAYU...!!!
  10. HIDUP MELAYU...!!!

Saturday, February 07, 2009

BAHLUL ALAF BARU

Kepada penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun di depan Istana Iskandariah

1. Siapa lagi kalau bukan Melayu Islamlah yang bertanggungjawab memelihara dan mempertahankan institusi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Perasaan saya bercampur baur sebaik menonton Buletin Utama TV3 malam tadi. Marah bercampur benci, sedih bercampur jijik, melihat Melayu Islam yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, berpusu-pusu menghina dan mencerca kedaulatan Raja mereka. Sedarkah wahai saudara sebangsa dan seagama denganku, bahawa tuan-tuan hanyalah alat kepada Karpal, Kit Siang dan Anwar? Sedarkah wahai saudaraku, perbuatan tuan-tuan adalah biadap dan kurang ajar? Sedarkah tuan-tuan bahawa Karpal, Kit Siang dan mungkin juga Anwar sedang mentertawakan tuan-tuan sambil minum kopi dan bergurau senda?

2. Tuan-tuan beramai-ramai melaungkan takbir seolah-olah sedang bersiap sedia untuk berperang menentang kekufuran dan kemungkaran tanpa terfikirkan bahawa tuan-tuan berada di situ hasil perancangan secara halus musuh bangsa dan agama tuan-tuan? Sedarkah bahawa tuan-tuan hanyalah lembu kepada gembala Karpal, Kit Siang dan Anwar?

3. Saya bersyukur kerana ketika tuan-tuan berkumpul di perkarangan pintu pagar Istana, tidak ada seorang pun pemimpin UMNO Perak yang datang membawa bala tenteranya untuk mempertahankan Raja mereka. Kalaulah sekiranya tadi, ada hamba Allah yang berani mengumpulkan penyokong dan sama-sama turun ke Istana, apakah tidak mustahil Melayu akan berperang dengan Melayu sedangkan Cina Laknat dan India Paria berdekah-dekah menterawakan kita?

4. Angkara siapakah yang membenarkan Karpal dengan kurang ajarnya mengemukakan saman terhadap DYMM Sultan kalau bukan tuan-tuan?

5. Tuan-tuan adalah binatang, ketua kaum tuan-tuan adalah Anwar, gembala tuan-tuan adalah Karpal dan Kit Siang,

6. Tuan-tuan adalah bahlul, BAHLUL ALAF BARU….

Jumpa lagi….

PERAK KEMBALI KE TANGAN BN

1. Syabas dan tahniah kepada Dato’ Seri Najib di atas kejayaan merampas semula kerajaan Negeri Perak. Kejayaan manis ini perlulah dijadikan sebagai penawar dan pembakar semangat kepada kebangkitan semula UMNO dan BN. Jangan pula kemenangan ini melekakan kita, jangan kita kembali “terperasan” bahawa kita masih diperlukan oleh rakyat. Jangan kita syok sendiri lagi, kita semua dah sama merasa padahnya.

2. Syabas dan tahniah juga kepada Menteri Besar yang baru. Ikhlas, saya mendoakan YB dapat memimpin kerajaan baru ini dengan cemerlang, telus dan jangan sesekali terlupa kepentingan agama dan bangsa. Jangan pula YB terjangkit penyakit perasan dan syok sendiri.

3. Saya tidak tau kalau-kalau ada perkataan lain yang lebih sesuai selain PADAN MUKA KAU” untuk saya ucapkan kepada Nizar @ balaci kafir. Dosa Nizar kepada bangsa Melayu dan umat Islam khususnya di Perak, dosanya kepada DYMM Sultan dan Raja Muda Perak dibalas Allah sepantas kilat. Saya bukanlah seorang alim ulamak, tapi gerun saya membayangkan balasan tuhan yang bakal diterima Nizar (walaupun saya sendiri tidak sunyi dari berbuat dosa). Sama-samalah kita bertaubat dan muhasabah diri, jangan lagi Nizar menjadi barua kafir laknat.

4. Kalau dilihat dari perspektif yang berbeza, izinkan saya mengajukan beberapa persoalan. Apakah kejayaan merampas semula Negeri Perak ini menguntungkan Barisan Nasional khususnya UMNO?

5. Apakah kemenangan ini adalah kemahuan rakyat Negeri Perak secara total? Benarkah kemenangan ini adalah kemenangan rakyat?

6. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa seharusnya BN tidak terburu-buru untuk mengisytiharkan kerajaan baru. Kelihatannya seperti BN terlalu terdesak untuk berkuasa dan menggunakan segala macam cara untuk kembali memerintah. Apakah ini yang sebenarnya dimahukan oleh rakyat Perak? Apakah jika, terjadinya pembubaran DUN dan diikuti oleh Pilihanraya, BN akan masih berkuasa di Perak? Atau apakah BN takut untuk berhadapan dengan kemungkinan tewas sekali lagi?

7. Secara ikhlas, saya amat berharap rakyat Negeri Perak akan dapat menerima kembali pemerintahan BN kerana saya berpendapat, sekiranya rakyat berdendam dan menggunakan sepenuhnya kuasa rakyat pada pilihanraya akan datang, maka mala petaka yang lebih besar akan melanda Tanah Melayu ini.

8. Walau apa pun, ini adalah hanya pendapat peribadi saya, anak Kedah yang sayangkan bangsanya. Mungkin juga kerana terlalu sayangkan bangsa saya, Sdra Shamsoul00 melabel saya sebagai “lebih sudu dari kuah”….

Jumpa lagi….

Thursday, February 05, 2009

Isu Panas di Portal Komuniti UMNO

  1. Semalam saya menerima sms dari Sdra Saiful Nasir, BEKAS Ketua Pemuda Cawangan Dusun Tua. Sejak dulu memang saya dan Sdra Saiful berkawan rapat. Cuma bila tiba musim pemilihan bahagian, entah kenapa kami tidak pernah sekapal. Namun, persahabatan saya dengan Sdra Saiful tidak pernah tergugat. Entah kenapa saya dan Saiful tidak pernah sehaluan dalam pemilihan pemimpin bahagian. Sms saudara Saiful, antara lain menyebut berkenaan isu baru yang sedang hangat dibincangkan di portal Komuniti UMNO Hulu Langat ketika ini.
  2. PEMIMPIN UMNO HULU LANGAT BANTU TABUNG PAS menarik perhatian saya. Tulisan John Smith benar-benar membuat saya tergamam. Hati saya memikirkan bahawa tuduhan ini tak lain dan tak bukan hanyalah cubaan pihak tertentu untuk memburuk dan mencemarkan imej UMNO Bahagian. Hati saya cuba memujuk agar terus melupakan isu tersebut. Tuduhan melulu dan tidak berasas sebegini tidak seharusnya dijadikan beban.
  3. Namun akal saya gagal untuk bersetuju dengan bisikan hati saya. Bukanlah saya mengakui kebenaran tulisan John Smith, tetapi sedikit sebanyak fikiran saya agak terganggu, andai kata tuduhan ini benar, maka imej dan maruah UMNO Bahagian Hulu Langat akan terus tercemar.
  4. Bukanlah tanggungjawab saya untuk mengesah atau menidakkan. Tetapi saya amat berharap, mereka yang disebutkan di dalam tulisan John Smith perlulah berbuat sesuatu, samada membuat penjelasan atau menafikan penglibatan mereka. Ini bukanlah tuduhan remeh, ianya satu tuduhan serius. Melobi dan kemudiannya mendapat projek bernilai jutaan ringgit daripada Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang remeh, Ketua Sayap adalah salah seorang pemimpin tertinggi bahagian. Maruah UMNO Bahagian jangan dicemarkan.
  5. Rakyat akan bertanya dan menuntut penjelasan, dan memang rakyat berhak tau. Jangan sampai dilabel pengkhianat.

kembali

  1. Kebelakangan ini kerap pulak terserempak dengan Ust Tahran, dan disetiap pertemuan yang tak disengajakan tersebut, berkali-kali Ust Tahran menyuruh saya kembali aktif menulis di blog ini. Mungkin dia sudah kehabisan idea untuk berbual kosong.
  2. Walau atas apa alasan sekalipun, terdetik juga dihati saya untuk kembali menulis, walau bukannya ramai sangat pun yang singgah di sini.
  3. Akhirnya saya membuat keputusan untuk terus memberikan pandangan dan pendapat.
  4. Saya memohon maaf kerana kesibukan dan kesuntukan masa telah menghalang saya untuk terus memberikan pandangan. Saya akan cuba untuk meluangkan masa. Sekian.