Wednesday, March 04, 2009

KEMELUT PERAK

  1. Nampaknya situasi terkini di negeri Perak amat membimbangkan. Umum menantikan pihak mana yang akan kendur dan berundur. Saya berpendapat, V.Sivakumar akan tetap dengan pendirian bahawa beliau dan ADUN PR yang lain berada di pihak yang benar. Ditambah pula dengan kepercayaan bahawa rakyat Perak secara majoritinya berada di belakang mereka.
  2. Soalnya di sini, apakah benar dakwaan paria Sivakumar bahawa kumpulan mereka membawa kehendak majoriti rakyat Perak?
  3. Saya berpendapat mungkin juga ada kebenaran terhadap dakwaan tersebut. Kita tidak harus lupa bahawa keputusan PRU Ke 12 tempohari telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Apakah kerajaan BN sekarang ini adalah kerajaan rakyat Perak? Apa inikah kerajaan yang dimahukan oleh rakyat Perak?
  4. Sepahit mana sekalipun, kita harus menerima hakikat bahawa BN ditolak di negeri Perak. Pertukaran kerajaan secara tidak berhemah ini sedikit sebanyak membuatkan rakyat semakin benci pada UMNO dan BN.
  5. Dari awal lagi saya kurang bersetuju dengan langkah kepimpinan tertinggi untuk menawan semula Perak dengan cara "lompat parti" ini. Saya berpendapat, adalah lebih baik sekiranya kita membiarkan Nizar, lembu yang dah dicucuk hidungnya oleh DAP membuat kesalahan demi kesalahan, mempelihatkan kelemahan dan kekurangan dirinya, PAS dan Pakatan kepada rakyat Perak. Saya percaya bahawa jika kita tidak gelojoh dan rakus, rakyat Perak khususnya Melayu Perak akhirnya akan sedar kesalahan besar yang mereka telah lakukan dan memberikan semula mandat kepada BN. Terlalu banyak sangat kelemahan dan kekurangan lembu berbangsa Melayu beragama Islam kepunyaan Cina laknat ini dan hanya menunggu masa untuk pecah tembelangnya.
  6. Sepatutnya, apa yang harus kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan maklumat dan bukti untuk dijadikan peluru, atau lebih baik lagi bom yang mampu untuk meranapkan kubu Pakatan Rakyat di Perak. Dan dalam masa yang sama, kita harus terus bekerja dengan lebih kuat, mendekati dan memahami sedalam-dalamnya apa kehendak rakyat yang sebenarnya.
  7. Malang sekali, kepimpinan tertinggi memilih untuk mengambil jalan pintas. Malang sekali disebabkan keinginan yang berkobar untuk menunjukkan kejagohan, kita lupa bahawa bersabar dan menunggu saat dan ketika yang paling sesuai untuk bertindak adalah sebaik-baik strategi.
  8. Malang juga kerana UMNO dan BN masih takut pada bayang-bayang sendiri.
  9. Malang, disebabkan kerakusan kita, rakyat semakin benci dengan UMNO dan BN.

1 comment:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan..

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan akan blog anda dalam link blog kami agar lebih ramai pengunjung dapat melayari Blog anda.

Diharap kita dapat bersama2 memberikan informasi2 terkini di samping memberi keyakinan kepada pengunjung mengenai perjuangan kita dan strategi buruk Pakatan.

SALAM PERJUANGAN

UMNO Cawangan Gombak Selatan