Monday, March 02, 2009

hulubalang atau badut sarkis

  1. syukur dan tahniah di ucapkan kepada ketua pemuda bahagian kita. wah... bukan main macho dalam tv hari tu....
  2. mungkin inilah yang dinanti-nanti oleh warga pemuda hulu langat. selama ini banyak tohmahan dan juga kritikan yang diterima oleh ketua pemuda. akhirnya para tukang kritik dah bertukar menjadi tukang puji pula. alhamdulillah.
  3. apa yang terjadi di parlimen tempohari adalah akibat daripada tahap kesabaran yang semakin menipis. saya sedikitpun tidak menyalahkan ketua-ketua pemuda bahagian yang terlibat. saya sokong seratus peratus. bangsa asing perlu disedarkan dan diajar bahawa maruah pemuda UMNO tidak boleh diperkotak katikkan. kenyataan dari pemimin badan perhubungan negeri selangor, dan juga YB Khir Toyo yang menyokong tindakan ketua-ketua pemuda tersebut amatlah melegakan. saya bangga.
  4. saya amat berharap bahawa kehadiran ketua-ketua pemuda di parlimen tempohari adalah dengan ikhlas. ikhlas dalam memperjuang dan mempertahankan maruah parti dan bangsa. saya amat berharap tindakan tersebut bukanlah hanya satu drama politik. tindakan yang berkepentingan diri atau paling merisaukan, hadir kerana diarah atau disuruh.
  5. berapa ramai di antara ketua pemuda yang hadir pada hari itu yang benar-benar ikhlas? berapa ramai pula yang hadir untuk kelihatan sebagai hero?
  6. berapa ramai yang ke parlimen tempohari berdoa dan berharap supaya ditahan polis agar dirinya bakal dijulang sebagai pejuang bangsa?
  7. dan berapa ramai pula yang hadir kerana terpaksa?
  8. secara ikhlas, saya amat berharap bahawa kesemua ketua pemuda yang hadir adalah berasaskan kepada keikhlasan dalam memperjuangkan maruah parti dan bangsa. saya amat berharap kehadiran pemuda umno pada hari tersebut bukanlah sebuah gimik politik, bukan drama swasta dan bukan berkepentingan lain selain memperjuangkan parti.
  9. masa dan keadaan akan menentukan apakah saudara sekelian benar-benar hulubalang UMNO, atau hanya badut sarkis...
  10. TAHNIAH dan SYABAS... Melayu terhutang budi pada saudara...

1 comment:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog.

Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU