Tuesday, February 10, 2009

TERIMA KASIH DAN SETINGGI PENGHARGAAN

  1. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Anak Melayu yang hadir menjayakan perhimpunan aman semalam.
  2. Walaupun jumlah yang hadir tidaklah begitu ramai (sekitar 200-300 orang), namun bagi saya, ianya sudah cukup membuktikan bahawa Melayu Hulu Langat sentiasa bersedia untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa.
  3. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua.
  4. Saya berpendapat, dengan perancangan yang lebih teliti, perhimpunan semalam akan lebih berjaya.
  5. Tinta sejarah telah terukir semalam, buat pertama kalinya di Hulu langat, Anak Melayu berkumpul secara aman, bersatu padu dan sepakat menentang segala bentuk penghinaan terhadap bangsa mereka.
  6. Paling mengharukan saya ialah ketika saya ditemui oleh orang ramai yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut dan bertanyakan apakah boleh mereka turut serta.
  7. Saudara sebangsaku sekelian, saya berharap ini bukanlah kali pertama dan terakhir kita dapat bersatu menunjukkan kesepakatan dan kekuatan kita, saya berjanji, perhimpunan seperti ini akan diteruskan dan saya memohon agar anda sekelian dapat memberikan kerjasama dengan penuh tanggungjawab seperti yang anda sekelian tunjukkan semalam.
  8. Saya berjanji, apa yang kita lalui semalam bukanlah hanya gimik politik, tetapi lahir dari kesedaran bahawa Melayu tidak mampu untuk berdiam diri lagi.
  9. Saya juga berjanji bahawa akan ada lagi perhimpunan aman seperti ini di masa terdekat ini, mengikut keperluan dan keadaan.
  10. Jahanam Karpal..!! Jahanam Kit siang..!! Jahanam Anwar..!!
  11. HIDUP MELAYU..!! HIDUP MELAYU..!! HIDUP MELAYU..!!
  12. Sekali lagi, Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan kepada semua yang hadir.

Jumpa lagi...

3 comments:

Anonymous said...

Sorilah bro fuad...takdapat hadir..teringin jugak nak hadir untuk merakamkan suasana , tapi ada hal

Pemuda Beranang said...

Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH dan Syabas diatas penganjuran program ini.kami pemuda2 dari beranang sentiasa bersedia dan menyokong demi memertabatkan lagi bangsa kita di mata semua. sekali lagi diucapkan syabas kepada UMNO bahagian Hulu Langat.

TetapMuda said...

Assalamualaikum wbr.
Sesungguhnya setiap PEMIMPIN itu adalah INSAN2 yang TERPILIH,walau kecil atau besar PERANAN mereka janganlah KITA mempertikaikan apa yg telah di TAKDIRKAN untuk mereka kerana "LA HAULA WALLA KUATA ILLAH BILLAH HIL ALIYIL AZIM"
Maka disini saya mewakili PEMUDA2 HULU LANGAT dari DUN DUSUN TUA berikrar memberikan SOKONGAN yg tidak berbelah bagi kepada Kekanda YB TUAN Johan Abd Aziz-Ketua Umno Bahagian Hulu Langat,Bonda Hasnah-Ketua Wanita Umno Bahagian Hulu Langat,Sdr Azhar Hambali-Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat,Cik Monira-Ketua Puteri Umno Bahagian Hulu Langat serta Barisan A.J.K 4 peringkat dalam usaha murni untuk mengembalikan kembali MARUAH BANGSA yg dicalarkan oleh mereka yg LUPA dan TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH kepada WADAH SUCI PERJUANGAN MELAYU ini.
Kepada Sdr.Ketua Pemuda-Yg di sayangi Azhar Hambali,tabahlah serta jangan sesekali terpedaya dengan mainan2 anak2 yang merasakan mereka ini cukup arif dalam melaksanakan Wasiat Perjuangan Bangsa ini,teruskan dan Kami bersedia untuk menjadi BENTENG DI BARISAN HADAPAN bagi UMNO BAHAGIAN HULU LANGAT terutama sekali untuk Pergerakan Pemuda Bahagian Hulu Langat berpencak dalam Perjuangan Warisan Bangsa ini...Amin Ya Rob Bil Alamin..Jumpa lagi "Tak Melayu Hilang DiDunia"