Saturday, February 07, 2009

PERAK KEMBALI KE TANGAN BN

1. Syabas dan tahniah kepada Dato’ Seri Najib di atas kejayaan merampas semula kerajaan Negeri Perak. Kejayaan manis ini perlulah dijadikan sebagai penawar dan pembakar semangat kepada kebangkitan semula UMNO dan BN. Jangan pula kemenangan ini melekakan kita, jangan kita kembali “terperasan” bahawa kita masih diperlukan oleh rakyat. Jangan kita syok sendiri lagi, kita semua dah sama merasa padahnya.

2. Syabas dan tahniah juga kepada Menteri Besar yang baru. Ikhlas, saya mendoakan YB dapat memimpin kerajaan baru ini dengan cemerlang, telus dan jangan sesekali terlupa kepentingan agama dan bangsa. Jangan pula YB terjangkit penyakit perasan dan syok sendiri.

3. Saya tidak tau kalau-kalau ada perkataan lain yang lebih sesuai selain PADAN MUKA KAU” untuk saya ucapkan kepada Nizar @ balaci kafir. Dosa Nizar kepada bangsa Melayu dan umat Islam khususnya di Perak, dosanya kepada DYMM Sultan dan Raja Muda Perak dibalas Allah sepantas kilat. Saya bukanlah seorang alim ulamak, tapi gerun saya membayangkan balasan tuhan yang bakal diterima Nizar (walaupun saya sendiri tidak sunyi dari berbuat dosa). Sama-samalah kita bertaubat dan muhasabah diri, jangan lagi Nizar menjadi barua kafir laknat.

4. Kalau dilihat dari perspektif yang berbeza, izinkan saya mengajukan beberapa persoalan. Apakah kejayaan merampas semula Negeri Perak ini menguntungkan Barisan Nasional khususnya UMNO?

5. Apakah kemenangan ini adalah kemahuan rakyat Negeri Perak secara total? Benarkah kemenangan ini adalah kemenangan rakyat?

6. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa seharusnya BN tidak terburu-buru untuk mengisytiharkan kerajaan baru. Kelihatannya seperti BN terlalu terdesak untuk berkuasa dan menggunakan segala macam cara untuk kembali memerintah. Apakah ini yang sebenarnya dimahukan oleh rakyat Perak? Apakah jika, terjadinya pembubaran DUN dan diikuti oleh Pilihanraya, BN akan masih berkuasa di Perak? Atau apakah BN takut untuk berhadapan dengan kemungkinan tewas sekali lagi?

7. Secara ikhlas, saya amat berharap rakyat Negeri Perak akan dapat menerima kembali pemerintahan BN kerana saya berpendapat, sekiranya rakyat berdendam dan menggunakan sepenuhnya kuasa rakyat pada pilihanraya akan datang, maka mala petaka yang lebih besar akan melanda Tanah Melayu ini.

8. Walau apa pun, ini adalah hanya pendapat peribadi saya, anak Kedah yang sayangkan bangsanya. Mungkin juga kerana terlalu sayangkan bangsa saya, Sdra Shamsoul00 melabel saya sebagai “lebih sudu dari kuah”….

Jumpa lagi….

No comments: