Thursday, February 05, 2009

Isu Panas di Portal Komuniti UMNO

  1. Semalam saya menerima sms dari Sdra Saiful Nasir, BEKAS Ketua Pemuda Cawangan Dusun Tua. Sejak dulu memang saya dan Sdra Saiful berkawan rapat. Cuma bila tiba musim pemilihan bahagian, entah kenapa kami tidak pernah sekapal. Namun, persahabatan saya dengan Sdra Saiful tidak pernah tergugat. Entah kenapa saya dan Saiful tidak pernah sehaluan dalam pemilihan pemimpin bahagian. Sms saudara Saiful, antara lain menyebut berkenaan isu baru yang sedang hangat dibincangkan di portal Komuniti UMNO Hulu Langat ketika ini.
  2. PEMIMPIN UMNO HULU LANGAT BANTU TABUNG PAS menarik perhatian saya. Tulisan John Smith benar-benar membuat saya tergamam. Hati saya memikirkan bahawa tuduhan ini tak lain dan tak bukan hanyalah cubaan pihak tertentu untuk memburuk dan mencemarkan imej UMNO Bahagian. Hati saya cuba memujuk agar terus melupakan isu tersebut. Tuduhan melulu dan tidak berasas sebegini tidak seharusnya dijadikan beban.
  3. Namun akal saya gagal untuk bersetuju dengan bisikan hati saya. Bukanlah saya mengakui kebenaran tulisan John Smith, tetapi sedikit sebanyak fikiran saya agak terganggu, andai kata tuduhan ini benar, maka imej dan maruah UMNO Bahagian Hulu Langat akan terus tercemar.
  4. Bukanlah tanggungjawab saya untuk mengesah atau menidakkan. Tetapi saya amat berharap, mereka yang disebutkan di dalam tulisan John Smith perlulah berbuat sesuatu, samada membuat penjelasan atau menafikan penglibatan mereka. Ini bukanlah tuduhan remeh, ianya satu tuduhan serius. Melobi dan kemudiannya mendapat projek bernilai jutaan ringgit daripada Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang remeh, Ketua Sayap adalah salah seorang pemimpin tertinggi bahagian. Maruah UMNO Bahagian jangan dicemarkan.
  5. Rakyat akan bertanya dan menuntut penjelasan, dan memang rakyat berhak tau. Jangan sampai dilabel pengkhianat.

2 comments:

Anonymous said...

Harap UMNO Bahagian memandang serius perkara berkenaan.

Siasatan rasmi mesti dijalankan.

Jangan sampai akar umbi hilang kepercayaan.

Kalah lagi dihari pengundian.

Ketika itu siapa yg harus disalahkan.

Jadilah UMNO Bahagian cacing kepanasan.

Anonymous said...

Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian atau pun kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana2 ketua sayap UMNO. Adakah isu ini sengaja diada-adakan kerana kekuatan sayap pergerakan yang lebih aktif dan pro-aktif dari jentera bahagian sendiri sehingga isu ini terpaksa dimainkan, atau ada kebenaran sebaliknya? Marilah kita nantikan episod seterusnya.